Trading atau Investing? – Mana yang lebih menguntungkan? - Market Demon

Wednesday, March 7, 2018

Trading atau Investing? – Mana yang lebih menguntungkan?


Artikel ini akan memberi fokus kepada menjawab soalan am.
Trading atau Investing? (Berdagang atau Melabur) – Mana yang lebih menguntungkan?

Source: https://www.invest.com/blog/news/are-you-a-trader-or-an-investor/

Berdagang boleh dikatakan hampir sama seperti melabur dalam beberapa aspek. Sebagai contoh, seorang pedagang boleh memegang sekuriti sama nilai seperti seorang pelabur. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, artikel akan merujuk kepada sesuatu yang lebih ekstrem.

Pedagang  -     Seorang yang berdagang sekuriti seperti syer atau matawang untuk jangka masa yang singkat. 

Pelabur    -    Seorang yang sanggup melabur dan pelaburan itu disimpan dalam jangka masa yang panjang. Boleh jadi 5 hingga 10 tahun atau seumur hidup.

                 

Pedagang lebih fokus kepada pengambilan untung (Profit) dalam masa yang singkat tanpa menghiraukan faktor fundamental. Pelabur pula lebih cenderung untuk fokus kepada fundamentals dan viability (berdaya maju) sesuatu pelaburan itu. Contoh yang terbaik ialah Warren Buffet. Beliau memegang pelaburan sendiri untuk berdekad lamanya dan tidak menghiraukan kejatuhan harga sementara yang berlaku dalam jangka masa pendek.

 
Warren Buffet, seorang pelabur yang terkenal didunia. 
Sumber: https://real-leaders.com/warren-buffett-valuing-values/
Pada mulanya, ia bunyinya sangat mudah untuk difahami. Jika anda mampu mengaut keuntungan dalam masa beberapa saat, sudah pasti ianya lagi hebat daripada menunggu bertahun lamanya. Tetapi ia tidak mudah seperti yang disangkakan. Antara sebab paling utama ialah RISIKO (risk). Ya sudah pasti kedua-duanya mempunyai risiko tersendiri. Walau bagaimanapun, yang mempuyai risiko paling besar dan tinggi untuk modal (capital) anda sudah semestinya dengan cara berdagang (trading).

Disebalik cerita seseorang yang dapat mengaut keuntungan berjuta-juta, terdapat ramai lagi yang kehilangan beratus-ribu dengan duit yang digunakan untuk melabur. Berdagang boleh menyebabkan ketagihan (addictive), dan terdapat banyak kisah orang yang sanggup bergadai rumah dan duit makan minum untuk keluarga dan memusnahkan semuanya hanya untuk memenuhi kehendak nafsu. Tetapi, masih terdapat minoriti pedagang – lebih kurang 10% yang mampu menjadikan trading sebagai kerjaya (Full Time Trader atau FTT).


source :<a href="https://www.freepik.com/free-vector/businessman-with-money_1076116.htm">Designed by Freepik</a>

Jadi untuk mereka yang termasuk dalam kelompok 10%, pulangan daripada dunia dagangan boleh menjadi lebih tinggi secara signifikan berbanding cara pelaburan tradisional, lebih-lebih lagi apabila bermula degan capital yang kecil.

Warren Buffet, pelabur terkenal dunia, telah mencapai pulangan 20% kadar tahunan (annual rate) sejak 49 tahun yang lalu. 20% boleh dikira banyak dan sangat bagus dalam berdagang lebih-lebih lagi jika ia diperolehi secara konsisten dan dalam jangka masa yang lama. Walaupun begitu, anda memerlukan masa selama 38 tahun untuk menjadikan $1000 kepada $1 juta yang pertama anda. Pedagang boleh menjadikan ribu kepada juta kurang daripada setahun.

Selain itu terdapat juga psikologi yang berbeza di antara kedua-duanya. Tujuan utama untuk jangka masa panjang ialah untuk memelihara pelaburan. Profit datang sebagai secondary goal. Berdagang boleh dikatakan sama seperti menjalankan perniagaan sendiri. Anda menggunakan modal atau capital yang ada dengan risiko yang tinggi dengan mengharapkan pulangan yang lebih lumayan.

Inilah “key difference” diantara keduanya. Jika anda mempunyai modal dan anda tidak sanggup untuk merisikokannya untuk pulangan yang tidak menentu, pilihan yang terbaik bagi anda adalah pelaburan. Tetapi jika anda bersedia untuk bekerja keras dan sanggup belajar untuk berdisiplin dalam bidang strategi perdagangan (trading strategy) dan mampu menerima hakikat bahawa anda akan  kehilangan banyak wang, pilihan yang lebih baik ialah perdagangan (trading).

P/s : Artikel ini ditulis adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis dan pembaca disarankan untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang kesimpulan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikongsi.