Planet Bumi Semakin Panas, Laporan Dari NOAA Dan NASA - Market Demon

Thursday, February 7, 2019

Planet Bumi Semakin Panas, Laporan Dari NOAA Dan NASA

Loji janakuasa Scherer di Juliet, Georgia, merupakan yang terbesar di Amerika Syarikat. Membakar 34,000 tan arang setiap hari dan mengepam 25 juta tan karbon dioksida setiap tahun.

Dalam laporan tahunan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) dan NASA yang diterbitkan pada 6 Februari 2019, tahun 2018 merupakan tahun keempat paling panas yang pernah dicatat. Suhu udara global semakin menghangatkan selama beberapa dekad yang lalu, beransur-ansur naik dari tahun ke tahun.

Lima tahun yang lalu - dari 2014 hingga 2018, merupakan tahun paling panas yang pernah direkodkan dalam tempoh 139 tahun. Iklim pemanasan tidak hanya meningkat pada musim panas dan menjadikan musim sejuk bertambah sejuk, ia juga mengganggu pola cuaca menyebabkan ribut semakin kuat dan hujan lebih sengit. Cuaca boleh berubah bila-bila masa.

Tasik Urmia, Iran, menjadi habitat burung dan destinasi pelancongan popular. Ia semakin mengering kerana isu perubahan iklim.

Tasik PoopĆ³, tasik kedua terbesar di Bolivia. Masalah kemarau dan pengurusan telah menyebabkan tasik ini menjadi kering.

Haba yang semakin meningkat juga merupakan satu cabaran buat manusia dan makhluk hidup di seluruh dunia. Gelombang panas dari Eropah ke Australia merosakkan planet ini tahun lalu, memecah rekod suhu dan mendorong kebakaran hutan.

Tahun lalu, NOAA melaporkan terdapat 14 cuaca dan peristiwa iklim yang menelan ratusan nyawa di Amerika Syarikat dengan jumlah kematian sebanyak 247 orang dan kerosakan harta benda bernilai $91 bilion. Pejabat Meteorologi United Kingdom menjangkakan bahawa pada tahun 2019, suhu mungkin lebih panas berbanding tahun 2018. Menurut saintis, faktor utama yang mendorong suhu meningkat adalah pelepasan gas rumah hijau.

"The warnings about global warming have been extremely clear for a long time. We are facing a global climate crisis. It is deepening. We are entering a period of consequences."


No comments: